Senarai Berita
SEREMBAN, 24 April (Bernama) - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengumumkan akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
REMBAU, 24 April (Bernama) -- Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyeru masyarakat di negeri ini supaya tidak mempercayai janji yang ditabur pembangkang khususnya pada musim pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bertujuan untuk meraih undi.
IPOH, 24 April (Bernama) -- Setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang digugurkan sebagai calon bagi kerusi parlimen Tanjong Malim akan menjelajah ke seluruh negara untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Pengundi di Parlimen Titiwangsa diseru agar memilih wakil rakyat dengan bijak tanpa dipengaruhi sentimen mahupun emosi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menawarkan formula untuk membahagia dan menjayakan kehidupan kira-kira 15.3 juta wanita Malaysia yang disifatkan sebagai tiang seri dan kunci kejayaan negara, kata Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan martabat wanita Malaysia akan terus diperjuangkan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terbukti berlaku perbuatan sabotaj dikalangan calon MIC, kata presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah membuat penyelarasan semula terhadap dasar sedia ada dengan mewujudkan syarat-syarat tambahan berkaitan penggunaan bahan-bahan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Calon termuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Peggie Koo Pei Chee percaya faktor usia dan sentiasa mendekati masyarakat tempatan memberi kelebihan apabila bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lanchang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)).