Senarai Berita

GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Isu pemilikan rumah mampu milik merupakan nsatu daripada fokus utama calon Barisan Nasional dari MIC bagi kerusi Bagan Dalam, J. Dhinagaran.


PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Anggota UMNO yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan digugurkan keanggotaannya serta merta, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjual sebanyak 5,468 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) setakat semalam.


GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata sudah tiba masanya penduduk kawasan itu berubah arah memandangkan Permatang Pauh kini jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.


MIRI, April 24 (Bernama) -- Sungguhpun beliau merupakan yang termuda dari kalangan 31 calon Barisan Nasional Sarawak (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun pengucapan Lukanisman Awang Sauni mengalahkan ahli politik veteran ketika menggariskan visinya bagi kawasan luar bandar Parlimen Sibuti.


Oleh Mohd Fazil Ahmad

ALOR SETAR, 24 April ( Bernama) -- Calon muka baharu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai dalam kawasan Parlimen Pendang, Ahmad Fatahi Omar, 53, tekad untuk memastikan kawasan DUN itu tidak terus ketinggalan jika Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14, 9 Mei ini.


KUALA KRAI, 24 April (Bernama) -- Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah proses demokrasi penting bagi mencorakkan hala tuju dan masa depan negara, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


KOTA KINABALU, 24 April (Bergambar) -- Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mendominasi agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gabungan Sabah apabila akan bertanding di 15 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menasihatkan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) agar tidak memasang sebarang bahan kempen seperti bendera dan sepanduk di kawasan pentadbiran serta operasinya.


ALOR SETAR, 24 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menampilkan gabungan orang lama dan muka baharu, termasuk lima calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).