Senarai Berita

Oleh Nur Fatin Syakila Baddu

LAHAD DATU, 24 April (Bernama) -- Rata-rata pengundi baharu di Lahad Datu yang akan melaksanakan kewajipan mereka buat kali pertama sebagai pengundi pada 9 Mei, begitu teruja untuk menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.


KUCHING, 24 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin barisan calon yang dinamakan hari ini untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mampu menepati sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menang majoriti kerusi Parlimen di Sarawak.


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu iaitu 9 Mei, 2018, demikian pengumuman oleh Kementerian Kewangan hari ini.


POKOK SENA, 24 April (Bernama) -- Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena Datuk Said Ali Syed Rastan yakin peluang Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada, Bukit Pinang dan Derga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerah.


SHAH ALAM, 23 April (Bernama) -- Berikut senarai calon PKR bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) setakat hari ini.


PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang diterajui PAS, memperkenalkan Dokumen Malaysia Sejahtera yang mengandungi Manifesto Malaysia Sejahtera, Dokumen Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) dan Dokumen Hijau.


KUALA SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUCHING, 23 April (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini mengumumkan akan bertanding di sembilan daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat supaya tidak melampau semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUCHING, 23 April (Bernama) -- Berikut senarai penuh calon DAP negeri Sarawak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang diumumkan di sini, malam ini.