Senarai Berita

MELAKA, 15 April (Bernama) -- Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi dewan undangan negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


LANGKAWI, 15 April (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang itu untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan ahli akademik Datuk Dr Samsu Adabi Mamat sebagai calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan.


KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kini sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merenung kembali apa yang kerajaan telah capai dalam tempoh lima tahun lalu ketika tinggal hanya tiga minggu sebelum pilihan raya umum ke-14 berlangsung.


JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) -- Peniaga India di negara ini berjanji untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), berdasarkan keyakinan bahawa hanya BN sahaja yang akan membela nasib masyarakat India, termasuk para peniaga.


SANDAKAN, 15 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) komited membantu golongan muda yang berhasrat melibatkan diri dalam perniagaan, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.


TANJONG KARANG, 15 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor berjanji akan berusaha memulangkan baki tanah seluas kira-kira 404 hektar kepada peneroka di mukim Ijok, Kuala Selangor, sekiranya gagasan itu berjaya menawan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUCHING, 15 April (Bernama) -- Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), termasuk dari segi penyediaan senarai calon, jentera pilihan raya dan pelbagai persiapan lain, kata presidennya Tan Sri Dr James Jemut Masing.


TEMERLOH, 15 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang digantung sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), hari ini mengumumkan senarai 15 calon yang akan bertanding di Pahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


BUTTERWORTH, 15 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) cukup yakin dapat mempertahankan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).