Senarai Berita

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) bersama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM100,000 bagi memperkasa golongan wanita di bawah Program Latihan Pembangunan Kapasiti Wanita Gemilang 2018.


BATU PAHAT, 16 April (Bernama) -- Masyarakat terutama rakyat Johor dinasihat agar berhati-hati dengan taktik 'Demokrasi Ala Penjajah' yang dilakukan oleh DAP dalam meraih sokongan dan undi menjelang piilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Berbeza dengan pendiriannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Parti Makkal Sakti tampak lebih bersemangat dan yakin menjelang PRU14 apabila menyuarakan hasrat untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di empat kawasan Parlimen.


Oleh Haslin Gaffor

SANDAKAN, 16 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin dapat mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini berdasarkan rekod pelaksanaan pelbagai program turun padang dan bersama masyarakat tempatan selama ini.


MUAR, 16 April (Bernama) -- Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menjadi keutamaan kepada penyandang kerusi Parlimen Muar berbanding hendak memikirkan siapa calon pembangkang yang akan dipilih di kawasan itu.


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua anggota komponen parti Barisan Nasional (BN) dan anggota-anggota Parlimen BN bersatu padu dan kekal setia kepada parti.


KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Berbaki tiga minggu sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-14 (PRU14), musim 'demam' itu seolah-olah membuka pintu rezeki pengusaha tudung Chenta Watie Scarf, apabila jualan 'tudung PRU' keluarannya laris dijual bak pisang goreng panas.


MIRI, 16 April (Bernama) -- PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.


MELAKA, 16 April (Bernama) -- Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi dewan undangan negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KEPALA BATAS, 15 April (Bernama) -- Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden diumumkan untuk bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).