Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- AirAsia, menawarkan tambang tetap serendah RM99 bagi semua laluan domestik pada 8-9 Mei untuk menyokong rakyat Malaysia yang pulang untuk mengundi.


JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Memperkasa, mensejahterakan rakyat serta melonjakkan potensi seluruh negeri dalam pelbagai bidang akan menjadi antara intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang akan dilancarkan esok.


Oleh Zainal Abdul Jalil

KANGAR, 13 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) dan UMNO Perlis berada pada kedudukan yang baik untuk mempertahankan ketiga-tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain merampas dua DUN yang kini dikuasai pembangkang.


MELAKA, 13 April (Bernama) -- Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang masih berteka-teki sama ada beliau akan kekal bertanding di Johor atau meninggalkan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


ALOR SETAR, 12 April (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan 13 orang calon dari parti itu yang akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan akan melantik ketua menteri daripada komponen Barisan Nasional (BN) selain UMNO, sekiranya mendapat mandat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14.


LUMUT, 12 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang reaksi negatif terhadap sebarang spekulasi yang ditimbulkan terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


PONTIAN, 12 April (Bernama) -- Jentera media sosial UMNO diingatkan supaya membantu, menyokong serta mempromosi semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 ini.


BUKIT MERTAJAM, 12 Apr (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said hari ini membuat laporan polis berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita.


GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) -- Senarai calon UMNO Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.