Senarai Berita

IPOH, 13 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak akan mengambil tindakan terhadap DAP Perak yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara tergesa-gesa memansuhkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini seluas 3,847 hektar untuk kepentingan peribadi.


KLUANG, 13 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri telah mula menggerakkan sejumlah pegawai dan anggota polis ke kawasan yang dijangka menjadi panas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya tidak memasang bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat itu berikutan risiko tinggi.


MELAKA, 13 April (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron kesal dengan sikap dwistandard pihak pembangkang terhadap isu kajian semula persempadanan pilihan raya khususnya melibatkan kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.


IPOH, 13 April (Bernama) -- PKR Perak akan bertanding bagi lima kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Dr Muhammad Nur Manuty.


SEGAMAT,13 April (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri Dr Subramaniam mengingatkan pengundi di Segamat agar tidak mudah terpedaya dengan kampen politik parti pembangkang yang hanya datang menjenguk penduduk daerah ini sekali-sekala sahaja.


KLUANG, 13 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak terperangkap dengan taktik kejutan serangan di saat akhir (SLMA) oleh pembangkang pada saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan mengadakan 40 penerbangan tambahan serta menaik taraf 10 penerbangan perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasti domestik terpilih antara 5 dan 10 Mei ini susulan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


TUMPAT, 13 April (Bernama) -- PAS Kelantan hari ini mengesahkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran Mohamad Zaki Ibrahim direhatkan dan tidak akan bertanding bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


ALOR SETAR, 13 April (Bernama) -- Seramai 4,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.