Senarai Berita

LAWAS 12 April (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkeyakinan penuh kerusi Parlimen Lawas dan Limbang akan kekal milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.


MELAKA, 12 April (Bernama)

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mendakwa pihak pembangkang menganggap Melaka sebagai 'kawasan pembuangan' calon yang tiada harapan untuk menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


SLIM RIVER, 12 April (Bernama) -- Penggunaan logo satu parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan isu besar kepada penyokong Barisan Nasional (BN), sebaliknya tindakan itu hanya akan mengelirukan penyokong pembangkang itu sendiri, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abd Talib.


KUALA BERANG, 12 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diumumkan hari ini menawarkan lima teras akujanji bertemakan 'Masa Hadapan, Kita Bina Bersama'.


KOTA BHARU, 12 April (Bernama) -- PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendapatkan undi masyarakat Melayu menerusi penggunaan logo PKR sebagai logo bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.


BALIK PULAU, 12 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang yang kesemuanya bernilai RM1.64 bilion.


KUANTAN, 12 April (Bernama) -- Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan mempertimbang agar sekolah yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diberikan cuti ganti pada keesokannya.


SLIM RIVER, 12 April (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai bakal diserahkan kembali kepada MIC dalam Pilihan Raya Umum ke-14.


GUA MUSANG, 12 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan telah membina sepanjang 1,143 kilometer jalan bagi menghubungkan 549 kampung di Gua Musang sejak 40 tahun lepas.


KOTA SAMARAHAN, 12 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak dilihat mampu mencapai sasaran menang 29 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).