Senarai Berita

KUANTAN, 13 April (Bernama) -- Rakyat di negeri ini termasuk golongan nelayan diminta menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi pada 9 Mei nanti dengan memilih kerajaan yang benar-benar telah terbukti kukuh, stabil dan mampu membantu rakyat terutama golongan yang susah.


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Maybank IB Research mengunjurkan momentum pertumbuhan perbelanjaan pengguna Malaysia akan terus kekal sehingga suku ketiga tahun ini (3Q18) susulan pengumuman 'habuan tambahan' kepada pengguna.


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak melakukan sabotaj kepada parti, memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan dengan parti atau melaksanakan apa-apa kesalahan berkaitan, menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


ARAU, 13 April (Bernama) -- Masyarakat Siam di Perlis tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka tidak pernah tersisih dalam sebarang pengagihan bantuan oleh kerajaan BN, kata seorang pemimpin komuniti itu.


TEMERLOH, 13 April (Bernama) -- Kesanggupan DAP menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan parti itu tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.


KOTA KINABALU, 13 April (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda berkata beliau akur dengan keputusan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan UMNO bahagian itu akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Marudu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Penambahan bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk mencatat defisit fiskal 2.8 peratus pada 2018.


TEMERLOH, 13 April (Bernama) - Bekas wartawan penyiaran stesyen televisyen TV3 yang kini bergerak aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar, Mohd Khaidir Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket bebas.


PARIT BUNTAR, 13 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh negeri sebagai 'kawasan panas' pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.


Oleh: Ahmad Muliady Abdul Majid

SEGAMAT, 13 April (Bernama) -- Masyarakat Cina di daerah ini mahu Datuk Seri Dr S. Subramaniam kekal mempertahankan kerusinya di Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana percaya dengan kebolehan dan kewibawaan Presiden MIC itu dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di situ.