Senarai Berita
PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah dalam menentukan pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
PORT DICKSON, 31 Mac (Bernama) -- MIC yakin dapat merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Kemang yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany.
KUCHING, 31 Mac (Bernama) -- Banyak program pembangunan kerajaan persekutuan dilaksanakan di Sarawak di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkali ganda jumlahnya berbanding semasa negara dipimpin seorang bekas perdana menteri sehingga menjangkau 22 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
PAPAR, 31 Mac (Bernama) -- Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara ini dengan memberi sokongan padu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
SEMPORNA, 31 Mac (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penduduk di daerah ini agar tidak tersalah undi parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya kerana sayang pada seseorang individu.
PEKAN, 31 Mac (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak meminta anggota dan pemimpin parti supaya melupakan seketika soal pemilihan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
BAGAN DATUK, 31 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai Askar Wataniah masing-masing daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.
SEPANGGAR, 31 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yakin kerjasama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sepanggar akan kekal utuh walaupun muka baharu dijangka ditampilkan sebagai calon di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
JELI, 31 Mac (Bernama) -- Senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hampir siap, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KUALA TERENGGANU, 31 Mac (Bernama) -- Corak pemikiran pengundi muda yang kompetitif menjadi pembakar semangat Pemuda UMNO untuk terus mendekati, memahami dan membantu mengatasi permasalahan mereka, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.