Senarai Berita

LUMUT, 29 Mac (Bernama) -- Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal dakwaan pembangkang bahawa proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengeluarkan titah perintah untuk menguatkuasakan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-Negeri Tanah Melayu) 2018 bermula hari ini.


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang yang diibaratkan sebagai 'madu beracun' yang hanya sedap didengar tetapi boleh memudaratkan masyarakat dan negara.


GEORGE TOWN, 29 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan mempunyai strategi yang betul sekiranya mahu menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis politik Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.


KUCHING, 29 Mac (Bernama) -- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Kuching yang menelan kos RM10.7 bilion dijangka bermula menjelang tahun depan dan perkhidmatan itu dijadualkan beroperasi menjelang 2024.


SHAH ALAM, 29 Mac (Bernama) -- PAS Selangor menerusi Gagasan Sejahtera Selangor hari ini melancarkan manifesto pakatan itu untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan 10 teras merangkumi 33 janji sekiranya berjaya mentadbir Selangor.


KUALA NERUS, 29 Mac (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan semua senarai nama calon yang dipilih telah melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


MELAKA, 29 Mac (Bernama) -- Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang diluluskan Dewan Rakyat semalam tidak menjejaskan strategi kod 24451 iaitu strategi Barisan Nasional (BN) Melaka dalam berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga manfaat yang diperoleh kira-kira 1,230 pemilik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong yang menerima kunci masing-masing hari ini.


JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) -- Johor menyambut baik kajian semula persempadanan dan pindaan nama kawasan pilihan raya yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam.