Senarai Berita

KOTA KINABALU, 1 April (Bernama) -- Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan penubuhan Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah semata-mata untuk survival politik Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas keluar daripada UMNO.


SEPANGGAR, 1 April (Bernama) -- Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.


SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan wanita daripada mana-mana kaum dalam usaha mengarusperdanakan golongan hawa sekali gus memberi peluang bergerak seiring dengan perubahan negara, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


SERI KEMBANGAN, 1 April (Bernama) -- Sejumlah RM25 juta akan disalurkan ke dalam Skim Mikro Kredit E-Dagang bagi manfaat golongan usahawan muda Cina berusia 18-45 tahun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


KOTA BHARU, 1 April (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed optimis pihaknya mampu menangani isu bakal calon yang kecewa sekiranya tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.


BAGAN SERAI, 1 April (Bernama) -- Rakyat diminta berhati-hati dengan penularan berita palsu lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.


KANGAR, 1 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak terpilih atau terpilih semula sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah lumrah pada setiap kali pilihan raya umum.


KOTA KINABALU, 1 April (Bernama) -- Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi perhatian khusus terhadap aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


BERA, 1 April (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya soal pemilihan parti diketepikan sementara bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin mampu menambat hati pengundi, sekiranya dipilih untuk terus bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).