Senarai Berita

GEORGE TOWN, 24 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi parlimen itu dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.


KUALA TERENGGANU, 24 Mac (Bernama) -- Isteri wakil-wakil rakyat Terengganu disaran meneruskan kecemerlangan khidmat bakti mereka bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.


SIBU, 24 Mac (Bernama) -- Ketua-ketua masyarakat di negeri ini diminta memain peranan penting memastikan anak-anak buah mereka memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi.


SERDANG, 24 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan parti politik agar tidak menyentuh isu-isu sensitif atau menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


SIBU, 24 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak bukan hanya yakin dapat mengekalkan 25 kerusi parlimen yang dimilikinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malah dapat menambah majoriti undi di kawasan itu selain merampas kembali empat daripada enam kerusi parlimen yang dipegang pembangkang.


BEAUFORT, 24 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kerusi Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, kata Pengerusi BN Beaufort Datuk Isnin Aliasnih.


BAGAN DATUK, 24 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan bila pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.


KUALA TERENGGANU, 24 Mac (Bernama) -- Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO Terengganu perlu menggunakan 'feel good factor' dalam menangani serangan pembangkang yang semakin rancak menggunakan kaedah 'politik persepsi' menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).


LABUAN, 24 Mac (Bernama) -- Anggota polis di pulau bebas cukai ini bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memastikan pilihan raya nanti berlangsung dengan aman.


GUA MUSANG, 23 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) akan menawarkan manifesto terbaik kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).