Senarai Berita

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan DAP yang sentiasa 'melompatkan' calonnya yang bertanding di satu-satu kawasan pada pilihan raya umum (PRU) adalah bukti jelas parti itu tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.


MACHANG, 18 Mac (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Kelantan bercadang untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Kelantan Utara bagi mempercepatkan pembangunan negeri ini sekiranya diberi mandat memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

SYDNEY, 18 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengumumkan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lebih awal berbanding dua atau tiga hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.


SERDANG, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan RM2.3 billion untuk membangunkan Bagan Datuk di Perak.


HAH ALAM, 18 Mac (Bernama) -- Konsep penerangan secara bersemuka mengenai isu-isu semasa kepada rakyat masih relevan dan penting walaupun kebanyakan pengundi terutamanya golongan muda kini lebih mudah tertarik kaedah penyebaran maklumat menerusi media baharu.


KUCHING, 18 Mac (Bernama) -- Formula 'calon langsung' yang diguna pakai Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi membolehkan calon dari luar parti komponen BN untuk bertanding mewakili BN pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN11), tidak akan diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


REMBAU, 18 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) membantu semua orang tanpa mengira warna kulit sepanjang parti tersebut memegang tampuk pemerintahan negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.


GEORGE TOWN, 17 Mac (Bernama) -- Agenda belia akan menjadi satu daripada tema utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KOTA BELUD, 17 Mac (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyasarkan untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kadamaian pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan sehubungan itu anggota parti itu digesa terus bekerja keras untuk merealisasikannya.


KENINGAU, 17 Mac (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno berkata, kesedaran rakyat pedalaman tentang perlunya menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin tinggi.