Senarai Berita

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak sabar untuk mendengar intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijadual dibentangkan bulan depan dengan fokus diberikan kepada keperluan golongan muda.


JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- MCA dijangka mengadakan perhimpunan raksasa di kawasan Parlimen Ayer Hitam sebagai memberi petanda awal bahawa parti itu tidak semudahnya membiarkan kawasan berkenaan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


SANDAKAN, 18 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Libaran yang baru ditubuhkan akan dijadikan landasan bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Rakyat Sabah perlu terus bersatu mempertahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memastikan 'suara' Sabah lebih lantang dan kuat selain aspirasi rakyat negeri itu didengar kerajaan Persekutuan.


IPOH, 18 Mac (Bernama)- Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


TELUK INTAN, 18 Mac (Bernama) -- Gerakan akan mengetengahkan muka baharu dan golongan muda sebagai calon parti itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


REMBAU, 18 Mac (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) di Parlimen Rembau disaran bergerak aktif mematahkan fitnah yang disebarkan oleh media pembangkang, sekaligus menyakinkan pengundi untuk terus bersama BN.


KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi beberapa pilihan pembiayaan pendidikan yang kerajaan sediakan untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi menyambung pengajian, termasuk Program Penajaan 9A+ yang permohonannya dibuka mulai esok.


BATU PAHAT, 18 Mac (Bernama) -- DAP terus mempraktikkan taktik 'lar\' kawasan apabila mengumumkan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


SERDANG, 18 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.