Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai pelantikan tiga portfolio kanan dalam Kabinet kerajaan yang belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan itu adalah pandangan peribadi semata-mata.


JASIN,13 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat laporan berhubung polis kejadian kecurian barang dan peralatan di beberapa bangunan milik kerajaan negeri, di daerah ini.


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapatnya peniaga dan individu yang 'ditekan' dengan dipaksa membayar cukai yang lebih daripada sepatutnya ketika era pemerintahan sebelum ini.


BUKIT MERTAJAM, 13 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.


SHAH ALAM, 13 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


JOHOR BAHRU, 13 Mei (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Amanah Negera (PAN) Salahuddin Ayub merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Osman Sapian atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dan meminta semua pihak menghormatinya demi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan.


KULIM, 13 Mei (Bernama) -- Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) memberi jaminan semua projek yang sudah diluluskan dan dalam pembinaan tidak akan terjejas berikutan peralihan kerajaan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke -14.


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui kerajaan baharu Persekutuan.


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelantikan tiga menteri kanan Kabinet semalam dibuat tanpa mengetepikan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).


SEREMBAN, 13 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.