Senarai Berita
JOHOR BAHRU, 13 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional(BN) Johor menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai tidak bermoral.
MARANG, 13 Mei (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS Pusat akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan manifesto yang ditawarkan PAS kepada rakyat pada pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) dilaksanakan secepat mungkin di negeri yang dimenangi PAS iaitu Kelantan dan Terengganu.
SIBU, 13 Mei (Bernama) -- Masa depan dan hala tuju SUPP, yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14, perlu dibawa ke persidangan khas perwakilan parti itu.
KOTA KINABALU, 13 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah satu daripada keutamaan tertinggi diperjuangkan kerajaan yang dipimpin Parti Warisan Sabah (Warisan).
GEORGE TOWN, 13 Mei (Bernama) -- Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow diumum sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu bagi menggantikan Lim Guan Eng yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan.
KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat menentukan hala tuju parti itu Rabu depan, dengan dihadiri semua anggota Majlis Kerja Tertinggi PBB, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Apa-apa keputusan juga mesti dibuat secara bersama. Mereka juga telah bersama saya berpuluh tahun dalam parti.
Akan ada lagi pemimpin parti lain yang akan menyertai kita.
Warisan menjamin proses pembangunan dan kemajuan kawasan bandar dan luar bandar Sabah.
Kita akui memerlukan masa kerana ini satu perkara yang amat penting dan tidak boleh diambil mudah.