Senarai Berita

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kedah bersedia untuk memberi peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.


KOTA KINABALU, 14 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri baharu Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.


SHAH ALAM, 14 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kecemerlangan sektor perkhidmatan awam negeri ini antara faktor penyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan (PH) untuk terus mentadbir Selangor bagi tempoh lima tahun lagi.


PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai kanan perkhidmatan awam.


MELAKA, 14 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memulakan tugasnya hari ini di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.


Ketibaan beliau pada 9.10 pagi dinanti-nantikan oleh lebih 50 wakil media tempatan dan antarabangsa yang menunggu di hadapan pagar Yayasan Kepimpinan Perdana seawal 7 pagi.


IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Ahmad Faizal Azumu hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.


KANGAR, 13 Mei (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah menegaskan bahawa pelantikan menteri besar akan dibuat berpandukan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan tidak akan dibuat untuk memenuhi kepentingan seseorang individu atau puak tertentu.


KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Johor yang bermesyuarat di sini malam ini telah memutuskan senarai nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.


KEMAMAN 13 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin terhadap kemampuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulihkan ekonomi negara berdasarkan rekod pencapaian beliau sebelum ini.