Senarai Berita
SHAH ALAM, 7 Feb (Bernama) -- Pakatan Harapan Selangor dijangka memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam tempoh dua minggu ini.
SEREMBAN, 7 Feb (Bernama) -- Manifesto yang diumumkan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini dilihat sekadar untuk memancing undi dan bersifat populis, kata Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA Kebangsaan Ng Kian Nam.
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Enam pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan kemasukan dan/atau pengekalan 102 nama anggota tentera sebagai pengundi ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) 2017 di kawasan itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .
SHAH ALAM, 7 Feb (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas.
SEREMBAN, 6 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah membuat persediaan bagi memastikan tiada gangguan bekalan eletrik di semua pusat mengundi, pusat pengiraan dan penjumlahan undi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) -- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negeri itu dan juga pusat selepas pilihan raya umum ke-14.

PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) -- Penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd bagi urusan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi luar negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengambil kira aspek ketelusan memandangkan ia pihak berkecuali.
GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) -- Kehadiran PAS bertanding di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional, kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan Lim Guan Eng.