Senarai Berita
KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Majlis Belia Sabah menyatakan sokongan penuh kepada cadangan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Yamani Hafez Musa untuk mengetengahkan muka baharu terdiri daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
KLUANG, 11 Feb (Bernama) -- Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah dengan pergolakan dialami pembangkang khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika ini.
PEKAN, 11 Feb (Bernama) -- UMNO Bahagian Pekan optimis mampu meraih majoriti 40,000 undi untuk kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti sekali gus mengekalkannya sebagai kubu parti berusia 72 tahun itu.
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menepis desas-desus beliau akan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

JOHOR BAHRU, 10 Feb (Bernama) --Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis malam ini menghadiri Majlis Makan Malam Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Johor yang diadakan di sebuah hotel di sini.
ARAU, 10 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perlis akan mempertahan dan mengekalkan kemenangannya di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kerana tiada parti lain yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Banjir di Sarawak beransur pulih berikutan cuaca baik sejak semalam, setakat 12 tengah hari ini sebanyak 2,037 mangsa daripada 566 keluarga masih pagi berada di 10 pusat perpindahan sementara (PPS) di lima bahagian.

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Perubahan kaedah pengundian pos luar negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan menjejaskan ketelusan proses pengundian, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.