Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Muhammad Zahid Md Arip hari ini gagal mencabar tindakan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

KENINGAU, 23 Jan (Bernama) -- Biro IT UMNO memperhebat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan memastikan penubuhan Biro IT dan media sosial di setiap cawangan.


PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamed mempersenda hasrat PAS untuk bertanding 130 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya, sebagai ángan-angan Mat Jenin.
GEORGE TOWN, 23 Jan (Bernama) -- UMNO Pulau Pinang dijangka menurunkan 40 peratus muka baharu terdiri daripada generasi muda pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang, kata Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.


IPOH, 23 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan kebakaran ke atas semua pusat penamaan calon dan pusat pengiraan undi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.