Senarai Berita
SHAH ALAM, 21 Jan (Bernama) -- PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi membolehkannya membentuk kerajaan jika memenangi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.
SEREMBAN, 21 Jan (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mesyuarat BN negeri kini diadakan sebulan sekali berbanding tiga bulan sekali sebelum ini.
TAWAU, 21 Jan (Bernama) -- Rakyat perlu memilih parti yang mampu membentuk kerajaan kuat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh serta menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang.
SEREMBAN, 20 Jan (Bernama) -- MCA yakin mampu memberikan saingan bagi merebut kerusi Parlimen Rasah daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
ALOR SETAR, 20 Jan (Bernama)-- Jentera UMNO Kedah digesa supaya lebih agresif mendekati pengundi sebagai usaha memantapkan lagi parti itu bagi berdepan pihak lawan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekali gus terus menerajui pentadbiran negeri ini.
BESUT, 20 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Terengganu mempunyai kekuatan tersendiri dalam memenangi hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh.
KUANTAN, 20 Jan (Bernama) -- Sebanyak lapan pusat daerah mengundi (PDM) dalam Parlimen Indera Mahkota yang sebelum ini diketuai MCA akan dikendalikan secara bersama petugas daripada UMNO untuk menghadapi PIlihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
KOTA BHARU, 20 Jan (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang akan diadakan pada bila-bila masa.