Senarai Berita
KOTA BHARU, 26 Jan (Bernama) -- Penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu melalui pelbagai platform media sosial perlu diperketatkan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
IPOH, 25 Jan (Bernama) -- Pemuda DAP Perak yakin pakatan pembangkang dapat merampas lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis.
GUA MUSANG, 25 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan banyak parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenanginya.
GEORGE TOWN, 25 Jan (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menyerahkan surat kepada pejabat konsulat jeneral China Pulau Pinang bagi memohon bantuannya untuk menghubungi wakil syarikat China, Railway Construction Corporation (CRCC) berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.
KOTA BHARU, 25 Jan (Bernama) -- Kira-kira 50 pengamal media Kelantan menyertai taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
BELURAN, 25 Jan (Bernama) -- Pemimpin parti-parti pembangkang memainkan isu masalah pembangunan di kawasan luar bandar Sabah sekadar untuk meraih sokongan rakyat kerana hakikatnya mereka tidak mampu untuk menyelesaikannya.

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Lunas diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan lampau pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti bagi mengelak daripada terus ditipu dengan janji palsu pihak pembangkang.
PEKAN, 24 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) negeri ini bakal mengumumkan manifestonya tidak lama lagi dengan janji yang disifatkan jauh lebih realistik berbanding pembangkang, mencakupi pelbagai bidang tanpa menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada rakyat.
SEMPORNA, 24 Jan (Bernama) -- Kira-kira 20,000 pelajar di Sabah menerima manfaat daripada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 yang dikendalikan oleh Biro Kebajikan UMNO (Bikum) pusat dengan peruntukan RM2 juta.