Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- theRakyat, portal rasmi Barisan Nasional (BN) yang dibangunkan bermatlamat menyebarkan maklumat yang sahih, tepat dan cepat mengenai segala usaha kerajaan untuk pembangunan rakyat.


KLANG, 4 Jan (Bernama) -- MIC mempunyai pendekatan sendiri bagi mengukuhkan hubungan kerja antara parti itu dengan parti politik berasaskan kaum India lain untuk meningkatkan sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN), kata presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


MARANG, 4 Jan (Bernama) -- "Dia orang tua dah. Biar dia insaf sendirilah," demikian jawapan balas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel beliau sebagai kafir dan pengkhianat.


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan perjuangan menjuarai isu-isu rakyat antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini, kata pemimpin parti-parti komponen.


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menjadikan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagai yang terbaik dalam mengutamakan nasib rakyat.


KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan theRakyat, yang merupakan portal rasmi Barisan Nasional (BN), untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin masing-masing dijangka bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


SEREMBAN, 3 Jan (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yakin BN mampu menawan semula kerusi Parlimen Seremban daripada DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.


KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang dijadualkan pada Sabtu ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN).