Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 Jan untuk mendengar bantahan awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap permohonan enam pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat untuk membatalkan kemasukan dan/atau pengekalan 102 nama anggota tentera sebagai pengundi ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) 2017 di kawasan itu oleh SPR.


PUTRAJAYA, 9 Jan (Bernama) -- Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri apabila meletakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon bagi jawatan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.


TAWAU, 9 Jan (Bernama) -- Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata rakyat Sabah akan berdepan musim 'kemarau' berpanjangan jika Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.


KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil & Suziela Che Mat

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan membuktikan pembangkang mengakui pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga kini adalah cemerlang disebalik dakwaan mereka, menurut penganalisis politik.


KOTA KINABALU, 8 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata penolakan PKR Selangor terhadap keputusan Pakatan Harapan mencalonkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menunjukkan dengan jelas pembangkang berada dalam keadaan bercelaru.


BANTING, 8 Jan (Bernama) -- Sebanyak 12,900 rakyat termiskin di seluruh negara bakal menerima manfaat rumah baharu dan pembaikan semula rumah usang menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2018, yang menelan kos RM271.6 juta.


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung penggantungan kemasukan 949 nama ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017.


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Langkah Pakatan Harapan (PH)menamakan calon 'kitar semula' sebagai perdana menteri dan juga timbalannya menunjukkan parti itu ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat sebagai pemimpin negara ,kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othmad Said.


SEMPORNA, 8 Jan (Bernama) --- Pergerakan Pemuda UMNO Semporna terus memilih untuk tidak menghentam parti lawan sebaliknya menggunakan pendekatan steady (istiqamah) bekerja mendekati rakyat khususnya golongan muda.