Senarai Berita

IPOH, 7 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama yang dilakukan sebelum ini dan bertekad meraih keputusan terbaik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


SEMPORNA, 6 Jan (Bernama) -- Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap 'gear turbo', kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.


SEMPORNA, 6 Jan (Bernama) -- Jentera pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Barisan Nasional di Semporna diingatkan tidak terlalu yakin dengan gerak kerja sedia ada tetapi perlu menggunakan baki tempoh menjelang pilihan raya untuk terus bekerja menyentuh hati rakyat.


JOHOR BAHRU, 6 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan tokoh setempat yang fokus berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar untuk memastikan kemenangan parti.


PASIR PUTEH, 6 Jan (Bernama) -- Manifesto yang sedang dirangka Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berteraskan Islam bagi menyelesaikan pelbagai kemelut yang sedang dihadapi rakyat di negeri ini.


MELAKA, 5 Jan (Bernama) -- UMNO Melaka hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghasut rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui cara tidak demokratik.


KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perhimpunan antara kepimpinan serta ahli Gerakan dan MCA yang dijadualkan esok tidak menggambarkan permulaan penggabungan dua parti sebaliknya sebagai pengukuh hubungan antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.


KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ketua Bahagian UMNO Pensiangan Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini hari ini.