Senarai Berita
KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menerajui kepimpinan parti itu.
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, telah menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pakatan hari ini bersetuju mewujudkan kabinet kecil mengandungi 10 kementerian.
KOTA BHARU, 11 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kerajaan persekutuan baharu yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) akan bersikap adil terutama dalam aspek pembangunan negeri itu.
ALOR SETAR, 11 Mei (Bernama) -- Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang sepatutnya dijadualkan semalam, akan berlangsung pada 3 petang ini di Istana Anak Bukit dekat sini.
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi di Perak dan Kedah, dua negeri terakhir yang masih belum dapat membentuk kerajaan negeri susulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PETALING JAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menumpukan kepada pengurusan kewangan dan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KOTA KINABALU, 11 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman melantik tiga timbalan ketua menteri dan tujuh menteri di dalam kabinet baharu negeri Sabah.
KUALA LUMPUR 10 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai gandingan terhebat yang diyakini rakyat untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang.
KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan PAS Terengganu yang baharu dibentuk akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memastikan 20 janji dalam manifestonya di negeri itu berjaya dilaksanakan.