Senarai Berita
IPOH, 21 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini membentangkan Bajet Perak 2018 berjumlah RM1.17 bilion dengan lima fokus utama bagi memastikan pembangunan dan pengupayaan ekonomi rakyat terus dilaksana.
MELAKA, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang pertubuhan kepada mereka.
KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Bajet Sabah 2018 harus disokong dan diluluskan oleh semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk daripada parti pembangkang, kerana belanjawan itu untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.
KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diharap dapat mempercepat pelaksanaan pembinaan Jambatan Menumbok - Labuan kerana projek itu penting bagi menggerakkan lagi ekonomi setempat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok.
KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman kerana memfitnah seorang pegawai tinggi dalam kerajaan negeri memiliki sebuah pesawat persendirian.
KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyelesaikan masalah remeh pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuktikan kepimpinan parti itu tidak layak untuk mentadbir negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
KUANTAN, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan bajet lebihan sebanyak RM640,000 untuk tahun 2018 yang juga bajet lebihan yang ke-15 sejak tahun 1992.
KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Kadar pertumbuhan Kelantan yang mencecah 4.8 peratus tahun lepas tercapai hasil sokongan pelbagai projek pembangunan dan bantuan yang disediakan kerajaan persekutuan.
MELAKA, 21 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idrin Haron hari ini memberi peringatan kepada penjawat awam negeri itu yang belum mendaftar sebagai pemilih agar berbuat demikian secepat mungkin.
IPOH, 21 Nov (Bernama) -- Media arus perdana antarabangsa dilihat tidak mendedahkan kebenaran kepada masyarakat termasuk ketidakadilan yang dilakukan pihak tertentu atau kuasa tertinggi sesebuah negara, kata Presiden International Movement of Just World Dr Chandra Muzaffar.