Senarai Berita

MELAKA, 21 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukan sebanyak RM90,000 bagi membaik pulih sistem pendawaian di 14 sekolah tahfiz di seluruh negara sepanjang tahun ini menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) suruhanjaya berkenaan.


KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Sejumlah 12,640 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan nilai pembangunan kasar RM3.16 bilion, telah dijual sehingga 15 Nov, 2017.


KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Keputusan undi belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam menunjukkan sistem demokrasi terus subur di Dewan Rakyat dan ia tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.


JELI, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Penerangan Kelantan meningkatkan kerjasama dengan pengamal media bagi menyampaikan maklumat tepat berkaitan isu-isu semasa kepada masyarakat.


ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin Pergerakan Wanita UMNO dapat terus memainkan peranan penting dalam memastikan negeri ini terus menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Permohonan Pakatan Harapan untuk didaftarkan masih belum dapat diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuha (RoS) berikutan beberapa perkara dalaman parti-parti terlibat belum diselesaikan.


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Empat anggota Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini berjaya membatalkan saman difailkan Yang DiPertua PAS kawasan Batu, Azhar Yahya dan parti itu berhubung tuntutan supaya milikan hartanah dikembalikan kepada PAS kawasan berkenaan.


PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga runcit petrol RON95 dan diesel jika meningkat melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan, kata Kementerian Kewangan.


GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Gerakan membariskan 60 peratus calon muka baharu untuk bertanding di 45 kerusi tradisi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KOTA BHARU, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan mengakui hubungan dengan kerajaan persekutuan semakin baik terutamanya selepas banjir 2014 dengan banyak kesepakatan dicapai oleh kedua-dua pihak untuk kesejahteraan rakyat.