Senarai Berita
GEORGE TOWN, 22 Ogos (Bernama) -- Anggota exco kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini mendedahkan minit mesyuarat berhubung kilang yang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam dan menegaskan beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik aduan dibuat.
SEREMBAN, 21 Ogos (Bernama) -- MIC telah menghantar senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.
IPOH, 21 Ogos (Bernama) -- Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hanya memberi harapan palsu kepada penyokong parti pembangkang kerana beliau sendiri tidak yakin kemampuan Pakatan Harapan menawan Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
SHAH ALAM, 21 Ogos (Bernama) -- PAS Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
GEORGE TOWN, 21 Ogos (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang hari ini mendedahkan surat bantahan bertarikh 25 Sept tahun lepas berhubung kilang yang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
SUNGAI SIPUT, 20 Ogos (Bernama) -- UMNO Bahagian Sungai Siput optimis akan melakar kejutan sekaligus merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
PARIT BUNTAR, 20 Ogos (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bersama-sama UMNO untuk memenangi hati pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
TEMERLOH, 20 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN).
KOTA BHARU, 20 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon yang mampu memberi kemenangan kepada BN di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
LAHAD DATU, 20 Ogos (Bernama) -- Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan penentu kepada jatuh bangun Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO dan ekoran itu semua anggota UMNO termasuk Puteri perlu bekerja keras membantu memenangi PRU kali ini, kata Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan.