Senarai Berita

NIBONG TEBAL, 13 Ogos (Bernama) -- DAP sepatutnya memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes yang membawa kepada penahanan seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang Jumaat lepas sebelum menuduh agensi itu tidak adil, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.


ALOR SETAR, 13 Ogos (Bernama) --Kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan bas Rapid di Kedah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.


PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengenal pasti kelemahan parti itu selepas gagal merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


SEREMBAN, 13 Ogos (Bernama) -- MIC kini dalam fasa terakhir persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menumpukan perhatian kepada kerusi-kerusi yang akan ditandinginya.


KUANTAN, 13 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO Pahang perlu memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak bagi menyalurkan permintaan rakyat kepada kerajaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Adnan Yaakob.


ALOR GAJAH, 13 Ogos (Bernama) -- Langkah membuka pemilihan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik saya seorang berbeza dengan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,? kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUANTAN, 13 Ogos (Bernama) -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan anggota parti itu agar berfikir dengan lebih serius kerana 'masa untuk berjoli' sudah tiada.


KULIM, 13 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mencabar DAP agar menjelaskan pelaksanaan dasar demokrasinya jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.


KUALA KANGSAR, 12 Ogos (Bernama) -- Harta UMNO di seluruh negara diurus tadbir secara bersama oleh UMNO negeri dan pusat berkuat kuasa awal tahun ini bagi mengelak sebarang masalah, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


BATU PAHAT, 12 Ogos (Bernama) -- UMNO komited dalam memastikan lebih ramai wanita ditampilkan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mencapai hasrat 30 peratus kaum wanita sebagai pembuat dasar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.