Senarai Berita

SHAH ALAM, 31 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi dengan PAS berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
KOTA KINABALU, 30 Ogos (Bernama) -- Peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah sekali gus mengumumkan keluar daripada parti itu menunjukkan petanda bahawa pemimpin bumiputera sangat tidak sesuai dengan DAP, kata Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum).
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyerahkan kepada presiden parti itu sama ada akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
TEMERLOH, 28 Ogos (Bernama) -- MIC bertegas dengan pendirian mereka supaya kerusi Parlimen Cameron Highlands kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
KOTA BHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan hari ini menyaksikan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat daripada jawatannya selaku Ketua Angkatan Muda (AMK) Kelantan, berkuat kuasa serta-merta.
ARAU, 27 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Jafperi Othman akan terus bekerja keras membantu jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun jika tidak terpilih sebagai calon.
KLANG, 26 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
SEPANG, 26 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan PAS Selangor meskipun PAS negeri itu berhasrat untuk bertanding sebanyak 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).
