Senarai Berita
LABUAN, 14 Julai (Bernama) -- Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) menjangka lebih ramai ahlinya dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum le-14 (PRU14) akan datang berbanding pada pilihan raya umum lepas, kata naib ketua pergerakan itu, Datuk Azizah Mohd Dun.
PENDANG, 14 Julai (Bernama) -- Sebanyak 44 ketua Jaringan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pendang kini giat membantu rakyat di kawasan Parlimen itu untuk mengatasi masalah dihadapi mereka, kata Ketuanya Datuk Suraya Yaacob .



KANGAR, 13 Julai (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO Perlis menyokong penuh saranan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya pucuk pimpinan parti tidak meletakkan calon 'Payung terjun' untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
KUCHING, 12 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini membidas individu-individu tertentu yang memasuki beberapa kawasan sambil mendakwa mereka adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang.
PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Pihak pembangkang dilihat sering memberi kenyataan mengelirukan kepada rakyat berhubung setiap keputusan mahkamah bagi menunjukkan seolah-olah mereka telah mencapai kemenangan dalam setiap kes, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.
JOHOR BAHRU, 12 Julai (Bernama) -- Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor Bahru Akmal Saufi Mohamed Khaled hari ini menyanggah laporan portal berita DAP bahawa beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
KUALA NERUS, 11 Julai (Bernama) -- Seluruh anggota dan perwakilan UMNO di Terengganu kini bersiap sedia untuk berkongsi buah fikiran demi kebaikan parti pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian yang bermula minggu depan.