Senarai Berita
ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO Kedah di gesa agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu jentera Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
KUBANG PASU, 21 Julai (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengingatkan pengundi Melayu supaya tidak mempertaruhkan undi kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk mengelak DAP menerajui pentadbiran negara.
KOTA TINGGI, 21 Julai (Bernama) -- Pemimpin dan anggota UMNO bertanggungjawab dalam mempertahankan parti kerana hanya UMNO sahaja berupaya memperjuangkan hak-hak orang Melayu, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
JOHOR BAHRU, 21 Julai (Bernama) -- Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil menyifatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan adalah 'wayang'.
KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) -- Gerakan mengalu-galukan hasrat Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepadanya.
KOTA BHARU, 21 Julai (Bernama) -- Rakyat perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin 'gila talak', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KOTA BHARU, 21 Julai (Bernama) -- Kehadiran luar biasa rakyat Kelantan pada program-program anjuran UMNO sekarang ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan dan memerintah negeri ini.
PUTRAJAYA, 20 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu memberi maklumat mengenai kod dan nama lokaliti bagi 136,272 pemilih di Selangor pada 1994 dan 2003 kepada kerajaan negeri Selangor untuk urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menghantar notis kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) petang ini untuk memaklumkan kekosongan kerusi DUN Lenggeng berikutan kematian penyandangnya, Datuk Ishak Ismail, akibat serangan jantung.
SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) -- Jika dilihat pada perwatakannya yang serius, tiada siapa yang sangka Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail juga, mampu berjenaka sehingga membuatkan mereka yang mendengarnya tidak kering gusi.