Senarai Berita

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku kedua (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).
GEORGE TOWN, 18 Julai (Bernama) -- Seorang bekas pegawai khas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.


KEPALA BATAS, 16 Julai (Bernama) -- Sikap besar kepala DAP, yang sehingga hari ini meningkari perintah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC), disifatkan sebagai anti undang-undang.
KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Naib ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah 'ibu kepada segala pilihan raya' yang memerlukan semua anggota UMNO termasuk Puteri bekerja keras untuk memenanginya.
KOTA BHARU, 16 Julai (Bernama) -- UMNO Bahagian Ketereh menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri majlis Mesra Bersama OPT (Orang Parlimen Terre) yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala, Melor Jumaat ini.
ROMPIN, 16 Julai (Bernama) -- Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup menggadai prinsip perjuangannya dengan kembali menyokong 'musuh'nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai langkah untuk menjayakan cita-cita peribadi dan politiknya.
JERLUN, 16 Julai (Bernama) -- Rakyat khususnya pengundi di Parlimen Jerlun diingatkan supaya tidak berpecah dan merosakkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama hanya kerana hanyut dalam keghairahan berpolitik, lebih-lebih lagi dengan adanya parti baharu.