Senarai Berita
BERA, 12 Jun (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan adalah lebih baik untuk Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak melayan permintaan pembangkang untuk berdebat.
TAWAU, 12 Jun (Bernama) -- Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif disebarkan pihak pembangkang yang datang ke tempat mereka dengan hanya satu tujuan iaitu menghasut rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan.
GUA MUSANG, 12 Jun (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
KOTA BELUD, 11 Jun (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan semua pemimpin UMNO di negeri ini supaya sentiasa ikhlas dalam perjuangan bagi memperkuatkan lagi parti itu di negeri ini.
CAMERON HIGHLANDS, 11 Jun (Bernama) -- MyPPP bersedia mengadakan perbincangan dengan MIC bagi mendapat kata sepakat berhubung kerusi kawasan Parlimen Cameron Highlands, kata Presidennnya Tan Sri M. Kayveas.
KUALA SELANGOR, 11 Jun (Bernama) -- MIC hari ini menyelar pembangkang yang berterusan mendakwa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) adalah gimik pilihan raya Barisan Nasional (BN).
IPOH, 11 Jun (Bernama) -- MCA berazam memastikan kerusi Parlimen Gopeng kembali menjadi milik parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan.
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.
KUCHING, 9 Jun (Bernama) -- Keputusan berhubung saman difailkan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP terhadap perlucutan kelayakannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut akan diketahui pada 19 Jun, sehari sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Pujut.
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, di sini.