Senarai Berita
YAN, 8 Julai (Bernama) -- Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata perjuangan UMNO sentiasa berteraskan agama, bangsa dan tanah air demi membela rakyat tanpa mengira kaum.
SUNGAI PETANI, 8 Julai (Bernama) -- Jentera pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh terus berada dalam suasana 'berbulan madu' jika mahu BN terus mentadbir negeri dan negara, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
BALIK PULAU, 8 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan diseret ke dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).
GERIK, 8 Julai (Bernama) -- Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat penelitian khusus terhadap calon-calonnya yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak daripada meletakkan calon 'bidan terjun' yang boleh mengundang masalah dan kekalahan kepada parti.
SANDAKAN, 8 Julai (Bernama) -- UMNO Bahagian Beluran mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menjadi talibarut asing dengan niat jahat untuk melemah dan menjatuhkan ekonomi negara.
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- DAP sebagai sebuah parti yang kononnya menjunjung prinsip ketelusan perlu patuh kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.
LARUT, 8 Julai ( Bernama) -- Individu yang boleh berdamping dengan rakyat dan sentiasa senyum apabila berjumpa rakyat layak untuk dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
KOTA BHARU, 8 Julai (Bernama) -- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan adakah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mengambil kira isu moral yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk berbaik semula dengan bekas timbalannya itu.
BATU PAHAT, 8 Julai (Bernama) -- Pemimpin dan anggota UMNO yang tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan supaya tidak menjadi 'Si Kitul Moden' sehingga membawa kepada kejatuhan parti.
REMBAU, 8 Julai (Bernama) -- Kepimpinan dan anggota UMNO perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bukan daripada kalangan kepimpinan parti.