Senarai Berita

SIBU, 9 Jun (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong, Wong Ching Yong, 59, cedera di bahagian muka dan kiri badan setelah disimbah cecair dipercaya asid oleh dua lelaki di Lorong Tuanku Osman 4, di sini, semalam.


Oleh ABDUL AZIZ HARUN

KUCHING, 8 Jun (Bernama) -- Selepas meranapkan kubu kuat DAP di beberapa kawasan majoriti Cina pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11), Mei tahun lepas, Barisan Nasional (BN) sekali lagi memerlukan formula yang tepat untuk menawan kembali hati pengundi Cina di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.


IPOH, 5 Jun (Bernama) -- Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai 'salah alamat'.


MELAKA, 5 Jun (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini membentangkan usul mengarahkan pihak berkuasa negeri agar melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) di semua pusat tahfiz di seluruh negeri ini.


TAWAU, 5 Jun (Bernama) -- UMNO Bahagian Kalabakan tidak gentar berdepan dengan mana-mana parti lawan dalam pilihan raya ke-14 kelak dan yakin pengundi di bahagian itu memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).


KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berpegang teguh dengan prinsipnya yang menolak idea meletakkan calon langsung untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN), terutama pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pujut akan datang.


SANDAKAN, 5 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat tiada hentinya demi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan aman dan sejahtera, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.


BACHOK, 4 Jun (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan UMNO Bahagian Gua Musang diminta memastikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diteruskan setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.


KOTA BHARU, 4 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri daripada Pejabat Speaker DUN Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.


GEORGE TOWN, 4 Jun (Bernama) -- MCA fokus dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini berbanding parti pembangkang yang sering mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.