Senarai Berita
"Kita mahukan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini berjalan lancar, dan kita terima perubahan yang kita inginkan terutama reformasi yang ingin kita ketengahkan" -- Wan Azizah
KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini hadir ke majlis penyerahan tugas kepada penggantinya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.
KUANTAN, 15 Mei (Bernama) -- Sebuah Majlis Perundingan Indera Mahkota akan ditubuhkan dalam masa terdekat oleh Pakatan Harapan (PH) negeri untuk mendengar segala permasalahan rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.
MIRI, 15 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewujudkan Whatsapp kumpulan kejiranan komuniti dan pengawasan jenayah bagi Miri dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang dan pendek terhadap isu yang membelenggu kehidupan seharian di bandaraya itu.
PEKAN, 15 Mei (Bernama) -- Wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai (DUN) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang yang baharu untuk tempoh dua tahun atau sehingga tempoh yang diperkenankan.
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- PKR membantah keras keputusan Amerika Syarikat yang membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmaqdis semalam.
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- PPBM telah mengemukakan senarai calon parti itu untuk pertimbangan jawatan menteri atau timbalan menteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mengingatkan Pakatan Harapan (PH) negeri supaya berhati-hati dalam menerima kemasukan beramai-ramai pemimpin pembangkang terutama UMNO ke dalam gabungan tersebut.
MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka dinasihati menangguhkan proses pelupusan dokumen sehingga waktu yang lebih sesuai bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) negeri Perak mengamalkan prinsip meraikan sokongan daripada sesiapa sahaja termasuk yang ingin menyertai gabungan itu dan memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan pentadbiran negeri.