Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pemilih supaya merancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei nanti.
LUMUT, 10 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf peranan wanita termasuk golongan warga emas dan ibu tunggal dengan memastikan kebajikan kumpulan berkenaan sentiasa diutamakan.
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata pengundi tidak mempunyai alasan untuk tidak keluar mengundi termasuk untuk balik ke kampung kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan tempoh yang secukupnya.
IPOH, 10 April (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Perak melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di sini malam ini, yang menggariskan lima teras merangkumi 31 janji sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran negara.
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifesto khusus bagi orang muda sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menzahirkan komitmen BN untuk meneruskan khidmat bakti kepada golongan itu untuk tempoh lima tahun akan datang.
SEREMBAN, 10 April (Bernama) -- Belia di Negeri Sembilan berharap manifesto Barisan Nasional (BN) untuk mereka, 'Jaminan Orang Muda', yang dibentangkan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin malam ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dapat memperkasa golongan itu sebagai pelapis negara.
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) menawarkan penukaran tarikh atau pembatalan dengan pembayaran balik sepenuhnya kepada pelanggan polisi insurans perjalanan AXA sempena Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menggesa pemimpin dan anggota parti itu berhenti mengeluarkan kenyataan media meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 ini.
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri-negeri, pemimpin parti komponen dan pemimpin sayap berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Seri Perdana di sini.
SHAH ALAM, 10 April (Bernama) -- Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei iaitu hari bekerja sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak boleh menggambarkan peratusan tinggi atau rendah rakyat Malaysia yang keluar mengundi.