Senarai Berita

MELAKA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang ditetapkan pada 9 Mei depan dan merupakan hari bekerja bukan merupakan perkara luar biasa kerana pernah berlaku sebelum ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.


PASIR MAS, 10 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memperkasa bidang pertanian bagi memastikan bekalan makanan untuk rakyat sentiasa mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi untuk PRU14 juga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPR dalam pelaksanaan PRU14 ini.


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kesibukan petugas media dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak menghalang mereka untuk merehatkan minda seketika dengan menyertai Kejohanan Boling yang diadakan bersempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018.


Trek rekod cemerlang BN di Sabah bukan sekadar dibuktikan sepanjang lima tahun lalu tetapi sejak lebih 25 tahun parti BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan syarikat sekutunya, FlyFirefly Sdn Bhd dan MASwings Sdn Bhd, mengecualikan caj penukaran penerbangan mereka untuk rakyat Malaysia dengan tempahan sedia ada sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.


Saya pun tidak menjangkakan bahawa kita akan mengundi pada 9 Mei iaitu hari bekerja.


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa hari pengundian pada pilihan raya umum (PRU) bukanlah kali pertama diadakan pada hari bekerja.


KANGAR, 10 April (Bernama) -- Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, perlu dihormati , kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.


TEMERLOH, 10 April (Bernama) -- Percaturan Pakatan Harapan menggunakan logo PKR sebagai lambang pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal menjejaskan pengaruh tiga lagi parti komponen itu, menurut seorang Anggota Majlis Tertinggi UMNO.