Senarai Berita

ALOR SETAR, 7 April (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Parlimen.


KOTA BHARU, 7 April (Bernama) -- PAS Kelantan akan mengemukakan 30 peratus calon baharu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob.


KOTA KINABALU, 7 April (Bernama) -- Rakyat Sabah mahu kerajaan sedia ada terus memerintah kerana banyak pembaharuan dan pembangunan mampan dibawa ke negeri ini selain turut menitikberatkan keperluan serta kebajikan rakyat selama tempoh lima tahun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas.


KOTA BHARU, 7 April (Bernama) -- Perkhidmatan helikopter bakal digunakan di negeri ini bagi mengendalikan proses Pilihan raya Umum Ke 14 (PRU14) khususnya di beberapa kawasan pedalaman di Gua Musang, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab.


GEORGE TOWN, 7 April (Bernama) -- Ketua Menteri Lim Guan Eng akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini untuk mendapatkan persetujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Isnin ini.


JOHOR BAHRU, 7 April (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-13 dibubarkan hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.


PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penggunaan satu logo sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.


KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal mencorakkan senario yang luar biasa menerusi pelbagai prospek yang memaparkan persaingan antara UMNO dan bekas anggota UMNO pada kertas undi, kata seorang pemerhati politik.


ISKANDAR PUTERI, 6 April (Bernama) -- Jentera Barisan Nasional (BN) Johor sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selaras pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkuatkuasa esok.


JOHOR BAHRU, 6 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar petang ini memperkenankan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan esok.