Senarai Berita

ISKANDAR PUTERI, 6 April (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, petang ini, bagi memohon perkenan baginda supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dapat dibubarkan berkuat kuasa esok.


KANGAR, 6 April (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubar esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan.


Insya-Allah, saya bersama pucuk pimpinan menjanjikan akan terus menyempurnakan tugas kita dengan lebih berkesan dan unggul demi mengangkat maruah negara.


IPOH, 6 April (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KOTA BHARU, 6 April (Bernama) -- Kelantan akan turut serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.


PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Kerajaan benar-benar telah melakukan transformasi Inklusif lagi komprehensif, sehingga menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh kejayaan kepada rakyat dan negara sejak 2009, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Parlimen dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan, yang besar kemungkinan pada akhir bulan ini atau awal Mei.


PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.


KOTA KINABALU, 5 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN), terutama di Sabah, tidak akan ambil mudah mengenai masa depan rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.


GEORGE TOWN, 5 April (Bernama) -- Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengesahkan bahawa tiada pertukaran kerusi parlimen Batu Kawan dan Bayan Baru antara Gerakan dan MCA.