Senarai Berita

KUANTAN, 4 Mac (Bernama) -- Polis Pahang telah mengenal pasti 15 kawasan panas di seluruh negeri ini yang dijangka akan berlaku kekecohan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


JOHOR BAHRU, 4 Mac (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu atau berita palsu yang berbaur hasutan dan kebencian yang sengaja diada-adakan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Keretakan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sehingga membawa kepada penubuhan Parti Rakyat Bersatu (UPP) pada 2014 memberi tamparan hebat, apalagi ia berlaku ketika imejnya tercalar pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila enam daripada tujuh kawasan yang ditandinginya ditewaskan pembangkang.


Oleh Fadzli Ramli

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kod 24451 bukanlah sebuah kod sulit dalam wayang gambar perisikan, sebaliknya strategi ampuh dicatur Barisan Nasional (BN) Melaka dalam usaha mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan fokus yang satu.


JASIN, 2 Mac (Bernama) -- Pemilihan calon dan parti untuk diberikan mandat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penting kerana ia merupakan pakej lengkap yang akan memastikan amanah rakyat digalas dengan penuh rasa tanggungjawab, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kenaikan cukai hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah untuk menampung perbelanjaan ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut, menurut Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil.


KUALA LUMPUR, 2 Mac ( Bernama) -- Persekitaran ekonomi Malaysia dan sentimen pasaran masih kekal positif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tempat duduk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan dipindahkan ke kawasan blok anggota Parlimen Bebas pada mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 yang akan bermula Isnin ini.


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara berada pada 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA PILAH, 2 Mac (Bernama) -- Persiapan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih baik berbanding PRU13, kata Naib Pengerusi BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.