Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau sebarang provokasi dan komen berunsur hasutan di media sosial menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertindak profesional dalam mengendalikan isu pendaftaran Pakatan Harapan (PH).


BEAUFORT, 1 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional sahaja yang mampu menentukan kebolehpasaran rakyat agar mereka tidak terlepas peluang ekonomi yang tersedia, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.


Oleh Aishah Mohamad Afandi

KUALA LUMPUR,1 Mac ( Bernama) -- Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri Sabah, yang akan diadakan tahun ini, bakal membuka lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada graduan khususnya anak tempatan Sabah.


DUNGUN, 1 Mac (Bernama) -- Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melancarkan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, di Kampung Seberang Pintasan, di sini.


JOHOR BAHRU, 1 Mac (Bernama) -- Polis Johor akan menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di daerah Kulai selama dua hari bermula Sabtu ini.


MIRI, 1 Mac (Bernama) -- PAS Sarawak memutuskan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen di Sarawak dengan parti itu mungkin meletakkan calon bukan Islam untuk satu daripada kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


IPOH, 1 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Perak telah selesai sepenuhnya pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha PH Perak V. Sivakumar.


DUNGUN, 1 Mac (Bernama) -- Pemilihan calon daripada Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti adalah yang paling teliti pernah dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinannya bertanggungjawab menyediakan Malaysia yang mempunyai asas kukuh dan boleh melonjak ke kedudukan lebih hebat apabila diserahkan kepada generasi akan datang.