Senarai Berita

Oleh Rhoma Ahmad Razali

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka berdepan pelbagai fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan pihak tertentu semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, namun ia mungkin tidak seburuk yang berlaku pada PRU 2013, kata bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Oleh Haslin Gaffor

SANDAKAN, 2 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah dijangka memberi laluan kepada pemimpin muda untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


SEPANGGAR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus mempertingkatkan usaha dan komitmen untuk memastikan bidang pendidikan di Sabah terus maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan didominasi DAP menggunakan berita palsu sebagai senjata politik mereka untuk meraih undi pada pilihan raya umum ke-14, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


BAU (Sarawak), 1 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata beliau bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kerusi tersebut sekiranya dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Terengganu menggunakan pendekatan berbeza pada Konvensyen BN Terengganu 2018 yang berlangsung hari ini dan esok bagi memastikan semua anggota memahami kehendak utama parti bagi memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.


KANGAR, 1 Mac (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar isu-isu politik tidak dibawa ke dalam masjid dan surau sehingga memecahbelahkan perpaduan rakyat terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin hampir.


KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu bekerja keras untuk memastikan BN terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan parti itu mengikut prosedur dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi menangguhkan pemilihan parti.


PENAMPANG, 1 Mac (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) bersedia melakukan perubahan dengan menampilkan beberapa muka baru sebagai calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.