Senarai Berita

KUBANG PASU, 20 Feb (Bernama) -- Berdasarkan rekod prestasi yang baik kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara ini, rakyat diharap terus memberi mandat mentadbir negara kepada parti itu menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Dasar-dasar ekonomi Malaysia terus mendapat pengiktirafan di peringkat global, termasuk pujian terbaharu daripada pihak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


KOTA BHARU, 20 Feb (Bernama) -- Rakyat Kelantan semakin jelas mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri ini dengan harapan berlakunya perubahan yang lebih baik, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.


PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyediakan kemudahan lebih selesa kepada orang kelainan upaya (OKU) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) supaya mereka dapat menunaikan hak mengundi dengan lebih yakin dan menjamin kerahsiaan.


MARANG, 20 Feb (Bernama) -- UMNO Terengganu yakin Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) dengan majoriti dua pertiga berdasarkan beberapa faktor termasuk kesiapsiagaan yang telah dilakukan oleh jentera parti di negeri itu.


KUBANG PASU, 20 Feb (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu bagi memastikan proses sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom.


PETALING JAYA, 20 Feb (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau 'kurang yakin' dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan segala manifesto pilihan rayanya.


SUNGAI SIPUT, 20 Feb (Bernama) -- Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di sini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).


SIBU, 20 Feb (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak mesti cuba untuk sekurang-kurangnya menawan semula beberapa kerusi daripada pembangkang jika tidakpun semua 31 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.


MELAKA, 20 Feb (Bernama) -- Persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri ini membolehkan seseorang wakil rakyat berkhidmat dan menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan lebih efektif, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.