Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pakatan Harapan hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) menjawab permohonan mereka mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar.
KANGAR, 21 Feb (Bernama) -- Masyarakat Siam di Perlis tetap memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap pilihan raya umum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.
SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Pemuda MIC Kebangsaan hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendedahkan senarai nama dan jumlah pampasan diterima peneroka yang terlibat dalam penjualan tanah di Ijok, Kuala Selangor.
KOTA BHARU, 21 Feb (Bernama) -- Kira-kira 3,000 penduduk merebut peluang membeli barang keperluan harian pada harga murah menerusi program Jualan Murah Untuk Rakyat anjuran UMNO Bahagian Kota Bharu di Padang Awam Taman Guru di sini, hari ini.
SEREMBAN, 21 Feb (Bernama) -- Kedudukan agihan kerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 kekal seperti PRU sebelum ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Seorang pemimpin kanan UMNO Sabah berkata rakyat negeri itu membuat keputusan tepat apabila membenarkan parti politik yang berpangkalan di Semenanjung memasuki Sabah dalam usaha menyelesaikan jerlus politik yang membelenggu negeri sejak awal 1990-an.


