Senarai Berita
GEORGE TOWN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat portal, FZ Sdn Bhd, membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan RM100,000 kepada ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping kerana memfitnah berhubung penyiaran satu artikel mengenai pembelian kereta Mercedes Benz dalam laman web www.fz.com, empat tahun lalu.
MIRI, 19 Feb (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu berusaha habis-habisan untuk memenangi semula kerusi parlimen Miri, yang pernah menjadi kubu kuat BN namun terlepas ke tangan pembangkang buat pertama kali pada 2013, dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
BESUT, 18 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh membidas PAS yang mencari sokongan rakyat negeri ini dengan 'mengitar semula' isu projek Taman Ilmu di sini.
KOTA MARUDU, 18 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah, terutama bagi infrastruktur luar bandar di negeri ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.


KUALA PERLIS, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa turun padang bagi mengenal pasti golongan rakyat yang memerlukan dan tidak hanya menunggu mereka tampil untuk meminta bantuan.
KUALA NERUS, 17 Feb (Bernama) -- UMNO Terengganu kini berada di landasan yang betul untuk memenangi semula empat kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan di negeri ini.
KINABATANGAN, 17 Feb (Bernama) -- Aktiviti turun padang oleh pemimpin UMNO adalah amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.
KOTA KINABALU, 17 Feb (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan terus berahsia sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.