Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Aman mahu setiap anggota parti di negeri itu mendukung amanat Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berusaha mendapatkan kemenangan besar untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO telah memberi isyarat yang cukup jelas kepada anggota UMNO untuk memperkemas gerak kerja parti dengan mengemukakan lima saranan dan semboyan penentu kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak
menyampaikan amanat jelas kepada barisan kepimpinan dan anggota parti untuk mengukuhkan perpaduan, satu prasyarat penting bagi UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Wanita UMNO sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai komandan jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Transformasi strategik yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengukuhkan ekonomi negara malah jauh lebih baik berbanding zaman kegawatan ekonomi 1997/1998, yang memungkinkan Malaysia menjadi negara gagal atau bankrap.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mempunyai misi yang amat besar dalam menentukan survival bangsa, masa depan rakyat serta negara keseluruhannya, bukan hanya demi UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan kelalaian yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu apabila partimenjadi mangsa politik persepsi dan pembohongan pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Kerajaan persekutuan akan tetap menjayakan projek Lebuh raya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Keanggotaan UMNO mencecah 3,644,295 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan sebanyak 21,851 di seluruh negara kecuali Sarawak.
Oleh Nurul Hanis Izmir
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Lebih banyak tumpuan dalam meningkatkan kecekapan dan penyampaian bantuan kerajaan kepada Bumiputera, merupakan antara agenda utama pada Persidangan Agung Umno 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.